ape2 aje blog

Tuesday 23 April 2013

the 5 STAR's


bismillahirrahmanirrahim...
ungkapan RINDU BERTAMU DI MUARA HATI begitu menyentuh dikalbu...
the 5 STAR's adalah pelajar tingkata 5Abu Bakar (A),2 orang budak hostel,2 orang exstudent hostel,and yang seorang lagi pula memang berulang,kalau nak tinggal di'hostel' mungkin tak diterima..haha..nak tahu apa sebabnya??
hah!!lokasi rumahnya hanya dihadapan sekolah sahaja,mana mungkin dia tinggal di asrama yang jauhnya daripada sekolah 50 meter..
sebelum memulakan alkisah kami,aku perkenalkan dahulu siapa kami?
dari kiri sekali adalah penolong ketua pengawas sekolah,penjual kebab yang tegar,aku,penjaga koperasi yang setia dan pen.s/u pengawas sek..
heheh :) sebenarnya diorang adalah:
nur izzah binti khalid: itu memang jawatan yang disandangnya,tapi ada lagi..jun pyo A.K.A lee min hoo tetap dihati..sejak boy over flower ditayangkan di kaca televisyen..kami berlima tercalon untuk mendapat gelaran yang disandang oleh beberapa watak yang mungkin pemain utama..
nor fatin nadhirah ismail: pelajar yang sangat terror dalam matalajaran akaun,penjual kebab,sebab apa?kerna dia adalah TEN NADH CELUP-CELUP...heheh..kenapa?? aku yang gelar dia gitu..sebabnya dia pakai baju nilanya..pergh..mantop sekali...heheh :)
nur aliaa nazihah : adalah aku sendiri,........aku memang digelar dari dulu sampai sekarang dengan monyet..adakah aku seiras dengan monyet??(yg lain tanya diorang) kikikik :D
ainul mardhiah ahmad shobri: matanya cantik kerna bersinar,seringkali diejek NENEK AINUL sejak selesai teater komsas peringkat daerah kota setar..
nuha farhana muhamad akhir : hah ni pula..banyak gila aku nak discribe pasalnya...dia ni kawan pertama aku sejak hari pertama di hostel dan disekolah..sejak sesi perkenalan antara satu sama lain,ramai yang dah anggap kami gangster ekoran daripada si robot ni lah..heheh,lion jawatan terakhir yang aku panggilnya...  
kepada izzah,nuha,fatin,ainul terima kasih kerana mengajar yong erti sebuah persahabatan...izzah terima kasih kerana sudi menjadikan yong bank rahsia,bawa ke rumah untuk tujuan kelas tambahan and anything about you and me...fatin terima kasih atas keprihatinanmu mengajar akaun sehingga aku celik..walaupun tak kredit,tapi;alhamdulillah....hah satu lagi yong ingin susun 10 jari pinta kemaafan atas gelaran itu...ainul juga,yong berterima kasih kerana sudi berkongsi ilmu luar dan dalam...then,lastly kepada miss lion(nuha)..yong nak ucapkan ber'billionair' thanks kerana sudi menjadi teman yang sanggup menumpangkan aku dari form 1 sampai form 5..terima kasih...segan usah dikata lagi,malu bukan kepalang..tapi!! apa boleh buat..nasib badan...(hahahah)
akhir sekali,jasa kau orang,memori kita bersama,suka duka kita...dan macam2 lagi..amatlahku hargai dan sentiasa diingati...insyaAllah..sehingga ajal datang menjemputku...
jika hari ini kita berpisah,mana mungkin andai suatu hari takdirnya....kita bertemu kembali,terimalah serangkap pantun dan sajak ini:

kalau ada sumur diladang;
boleh aku menumpang mandi;
kalau ada umur yang panjang;
boleh kita ketemu lagi...

***

Teman,
Salam kemaafan yang berkekalan;
biarpun perpishan ini;
tidak digenangi air mata.

Namun,
Pasti ayunan kaki
terasa akan langkahnya

Teman,
Salam kerinduan;
biarpun pemergian kau dan aku
tidak dipinta.

Namun,
Pasti berpatah pulang
dengan serinu makna
yang serba mungkin...


** HIDUP INI TAK UBAH SEPERTI LAUTAN BIRU YANG LUAS TERBENTANG.PASANG SURUT SILIH BERGANTI.DEMIKIANLAH HAKIKAT YANG HARUS AKU TERIMA**


sekian..

No comments:

Post a Comment