ape2 aje blog

Saturday 20 April 2013

alkisah...maka tersebutlah kisah..


Bismillahirrahmanirrahim…..aku mulakan coretan ini dengan bacaan basmalah….pertama sekali aku nak ucapkan kalimatul-syukr pada yang telah menciptakan aku dan sekalian manusia dan apa sahaja yang hidup didunia ini iaitu ALLAH AZZA WAJALLA….alhamdulillah,kerana dengan limpah kurni-Nya dapat aku mencoret serba sedikit apa yang terlakar dihati ini…..

SEKOLAH MENENGAH AGAMA MADRASAH IHSANIAH,JANGKANG…..nama yang begitu unik bagiku…para pelajar pula tak kekok untuk terima pelajar baharu…subhanallah..walaupun bukan sekolah bertaraf 5 bintang atau kerajaan atau SABK..namun mereka adalah pelajar dibawah naungan SAR….ya!! tepat sekali mereka sangat baik…tak dinafikan juga mereka mempunyai bakat lain selain dalam kurikulum dan juga kokurikulum….pertama sekali aku jejak di dibumi SMAIJ setelah meninggalkan bumi yang bertuah dan melimpahkan aku sejuta ilmu dan harapan SMAD….aku dapat merasakan keunikan warga sekolah…nikmat merasai sebagai pelajar baharu memang sangat dihargai mereka…baru aku tahu…bagaimana pelajar baharu rasai….bagaimana erk??herm….begini..

  • ·         Rasa dihargai dan diberi perhatian;
  • ·         Dihormati untuk seketika;
  • ·         Dipandang tinggi;
  • ·         Dengan tangan terbuka boleh menerima student transfer…
  • ·         Hari2 dengar suara2 sumbang yang memanggil diri ini… “ALIAA…KAK YONG”
  • ·         Dan macam2 lagi….

Haish…malas sudah…kalau nak ceritakan pengalaman menjadi pelajar baharu memang  banyak…nama pun pengalaman kan??...huhu
Meh2 ku nak cerita sikit nih…:

PELAJAR:

Okay…pertama sekali,aku nak cerita gelagat pelajar2  tingkatan enam sahaja…ok,bermulalah kehidupan pelajar di kelas tingkatan enam….aku cerita seorang  per seorang ye….

Abdullah umar:
Aku start belajar di situ…dia belum ada…then,sekarang  dia  ada….aku tak pernah cakap dengan dia pun…mahupun sepatah…Cuma tanggal  pada hari ahad bersamaan 14 april 2013…dia panggil aku sebab nak kan gula-gula jiran sebelah aku tu….cis ingatkan apa!! Huh aku pun bagi lah gula2 yang aku tak suka….

Syamril:
Aku tak pernah cakap pun…tapi memang pun… “I’m chit chat with them when urgent something….right??” tapi aku biasa lah dengar dia selalu sebut nama HAJAR…heheh…selalu aku dengar orang panggil dia ‘TOKAK’…nak cerita…sebenar nya aku tak reti pun nk sebut nama dia..walaupun  4 bulan dah..jangankan kata nama dia lagu sekolah pun aku tak terhafal…ngee

Solihin:
Okay…dia nih yang aku taw..dia Wani punya…eh jup2…dia s/u kami…x banyaklah nak describe fasal dia…sebab aku ni bukannya kassyaf pun…hahah

Ikhtiman:
Ni pula,monitor kami…yang aku taw dia ni manusia yang paling malas…heheh(sorry)…hah first time aku dengar pelajar lain panggil dia timun..hah timun…tegezut tahap cipan…kenapa erk timun??…kena2 aku yang terkena balik…kenapalah aku salah dengar??…heheh

Syazwan:
Syazwan….herm..dia…dia..dia apa erk??ok2…yang aku taw dia ni abang kepada Najwa form 4…budak kelas adik aku…mula2 aku tak berapa nak percaya…mungkin sebab karakter!…eh mana aku tahu ni??…pandai giler aku tebak..hahah

Idris:
2,3 minggu ni aku sering terdengar jer dia nasyid..adakah dia seorang artis sekolah yang tak kesampaian??huu…sorry…jarang aku dengar batch aku nama Idris…yea lah sekarangkan UIA(Ustaz Azhar Idrus) sedang diudara…manalah aku nak alert dengan semua ni…apa lagi setiap kali aku nak sebut nama kau ajer…jadi Idrus..hah tu pasallah aku malas nak bercakap benda2 yang tak penting…takut nanti kantoi tak reti sebut nama orang..

Firdhaus:
Seorang  lelaki yang kurang dimengerti gaya badannya…kadang2 OK…kadang2 K.O…Miza rakan sekolah rendah aku dahulu sering menyiarkan namanya TOBERTO KARLOS…mungkin sebab wajahnya??hmm…sukar menafsir kata2 orang yang maksudnya lain….

Alif:
Ni sorang lagi…lagi sukar untuk dimengerti…mereka cakap…dia memang pelajar sekolah tue..tapi dari segi psikologinya lah kan…dia apa erk…??ok mula nya aku fikir dia nih disleksia..opss…sorry!! aku try nk cari jawapannya…owh maybe he’s slow learner…ntah lah…yang aku tahu dia seorang yang penyengap sampai orang sebelah dia pun tak dengar apa yang dia kata…owh sorry sekali lagi erk…Alif…

Amin:
Seorang pelajar yang nampak aktif….dia orang seni…hah ternyata!! Dia mahir dalam seni khat…bukan senang nak menggayakan seni  lukisan  tangan islamik ni….


Adib:
Fuhh..yang ni pula kan..nak taw tak??first aku tengok dia ni macam senyap jer…pastu masa aku pergi jumpa Mak Teh aku di pejabat tu..pergh…macam pelajar lelaki biasa..maybe aku jer perasan kata dia seorang penyengap…hahah…meannei ea adib.

Zaid:
Zaid…macam familiar jer nama tue..wajah nya pun macam familiar jugek..hah,rupa2nya Miza cakap dia batchmate sekolah rendah aku dulu..(SKSK)…wah aku tak sangka dia bekas pelajar SKSK…

Hafiz:
Apit nama yang sering aku dengar masa aku darjah 5,6…masa mula aku masuk sekolah tu,aku kaget juga lah…mahunya tak terkejut!! Nak tahu apa sebabnya..hah sebabnya aku rasa macam aku kenallah..pastu dalam kelas dia panggil aku Kak Yong n tanya fasal Shahir n Shahiran…sah!!sah memang dia anak Mak Su Nab tu…heheh J

Amir shauqi:
Juga pelajar baru…aku rasa macam ramai saingan baharu..haish..dah lah Hafiz,Azwa n Amir pelajar baharu sekali gus memegang title saingan aku…pergh..bukan calang2 orang juga ea mereka nih…aku ada tertengok result SMRA kau Amir..heheh..aku memang suka panggil Amir..so tak taw la kalau kau tak suka..haha pasal result tu sorry ea x sengaja..memang betul2 ‘TER’…lagipun sama pangkat..just SPM je ..huhu 

Okay..kini mengisahkan hal kami budak perempuan yang mungkin obey…kisah aku..!!??...herm malas nak bercerita..meh2 aku nak kongsikan  cerita tentang kawan (P) yang lain…kalau fasal aku memang tiada yang best..

Azwani:
Budak hijau ni…urm macam mana erk aku nak describe dia..hah!!dia seorang yang jujur dalam senyap..susah nak gambarkannya…tapi yang aku tahu dia seorang yang hatinya selembut sutera..tampak begitu kuat dimata,tapi dihati sesuci kain kafan…maaf erk Azwa..ngee

Syafika:
Dia,dikenali sebagai BOMPH…mulanya aku ingatkan dia seoang yang suka bom orang atau sebab saiz fizikalnya..owh,sangkaanku meleset sama sekali..rupa2nya sakinah said: “dulu kalau dia mendaki tangga di hostel pasti bunyi ‘bum..bum..bum..” hah tu pasal lah dia menyandang gelaran tu…

Sakinah:
Comel..agak berceloteh..herm..tak ada apa yang nak dikongsikan..tapi apa yang aku tahu dia boleh approve budak macam aku…boleh jer cerita tentang hal ehwal yang berkaitan dengan mereka..urm..bagi aku tue perkara yang tak biasa untuk diluah kan pada orang luar..owh maybe dia fikir aku akan menjadi pelajar sekolah itu,why not dia cerita kan??tpi bagi aku,masa tu aku baru jer masuk sekolah tu..BTW thanks…eh sikit lagi..huhu mukanya macam DORAEMON juga suaranya..huhu J

Miza:
Macam biasa..tapi aku tak pernah rapat sejak sekolah rendah lagi…hanya kawan biasa…bila dah kuantiti pelajar form 6 sangat ciput,so senanglah nak mengeratkan lagi hubungan kawan…kan??dia okay jer…aku pun senang nak masuk dengan gerak gaya dia…she’s always friend for we all…

Hazwani:
Perkenalan yang amat singkat bagiku..walaupun hanya seminggu bagi sesi perkenalan antara aku dan dia…seolah2 kami macam pernah kenal dan bersambung semula..hakikatnya tidak sama sekali..dia baik,cerdas dan yang paling membuatkan aku suka…dia seorang yang friendly…

Amani:
Pelbagai cerita yang terbit dari beberapa cangkir mulus manis dari segaris bibir2 pelajar lain,statement bahawa Amani seorang yang sombong…sebenarnya aku tak lah nak hairan sangat,..cause karakter orang berbeza..bagi aku..perkara ini lazim,kerana aku juga begitu..orang tak kenal kita,mungkin akan cakap begitu,hah nak tahu sebab apa??hah tepuk dada tanya iman??bagi aku Amani juga sangat approve..

Aisyah:
Kecil2 cili padi orangnya..talkactive…nama Archer disandangnya…haish..nak describe budak ni memang banyak…tapi,aku nak bagi tahu…dia adalah M.A kami…bukan M.A kerajaan ya…ni monitor assistant kelas kami…walau pun berbeza perwatakan…namun dia boleh masuk dalam semua karakter…ibu aku pernah bilang… “Aisyah tu macam pak lawak lah,tengok muka dia pun sudahlah..”..

Hajar:
Seorang pelajar yang suka hati membadai lecah…dia seorang yang sama bintang dengan ku..bintang Gemini..tak semestinya kami mempercayai zodiac itu..dia lahir 8 june 1995;pada keesokkan harinya pula aku pula terbit dari rahim ibu aku yang memboyot selama 9 bulan 10 hari cukup…Hajar,sukar untuk aku terjemahkan attitudenya..yang pasti dia seperti mempunyai pelbagai warna dalam kehidupan nya…betul tak hajar?? Speechless.. J

Hurm…begitulah dari posisi pandangan aku…maaf dipinta andai ada kata2 yang mungki terguris hati,atau kata2 yang menyakitkan hati..aku Cuma nak bercerita,bukan untuk mengata..sepuluh jari kususun,minta maaf dipohon…harap anda terhibur dengan tintaku ini…

GURU :

Hanya 7 orang guru sahaja yang mengajar didalam kelas aku..5 lelaki dan 2 perempuan…erm..para pentadbir semua aku kenal begitu juga staff…tak ramai guru yang kenal walaupun selalu melihat mereka,tapi ada juga yang aku kenal…nak tahu tak??hah yang famous je..heheh..okay meh aku story sikit fasal guru2 yang mengajar aku…hah satu lagi!! Aku sebenarnya tak reti nak panggil guru yang mengajar selain bahasa arab dengan gelaran ustazah…ye lah semua ustazah..naik confeus aku..huu..ustaz/ustazah:

Yusmi Khairul:
Aku suka tengok wajah mulus ustazah..hmm tampak bersih…dialah class teacher kami..hah nak tahu apa madah yang diajarnya?? Dia ajar Arudh Dan Hafazan AL-Quran..tak tahu lah…aku senang dengan ajarannya..syukran ya ustazah..

Azian:
Ni pula guru Bahasa Melayu kami..orang nya kecil tapi bahasanya tinggi..buktinya dia guru bahasa melayu form 4,5 & 6..itu je yang aku tahu…tapi sayangnya aku tak ambil pun untuk STA…tapi tak pe..peluang belajar bukan senang nak dicarikan ustazah??

Akasyah:
Aku suka dengan cara terjemahan dalam menterjemahkan dan penerangan yang efektif dalam Madah Fekah…aku memang suka madah ni dari dulu lagi..tu sebab aku nak jadi Peguam Syariah(insyaAllah)…

Sulaiman:
Sejak pertama kali ustaz Sulaiman mengajar madah tauhid..aku mulai jatuh cinta pada madah tauhid..ya dulu suka juga..tapi biasa2..lain2 guru lain2 gaya mengajar..pokoknya sangat suka..seumpama aku sedang mengkaji ilmu yang baharu…hah satu lagi madah nahu..nahu juga diajarnya..tak mungkinlah aku tak suka..aku sangat meminati nahu sejak form 1 lagi..kalau tak macam mana nahu aku boleh MUMTAZ..kan??

Hizami:
Namanya seakan2 penyanyi winter sonata malay version..mulanya aku aku asyik panggil nama penyanyi yang biasa terkenal pada suatu masa dahulu..hmm..Ustaz Hizami..dengar khabar dia baru pulang dari London…ntahlah..yang aku tahu,masa aku tak tahu namanya..agak sebulan juga lah..aku asyik panggilnya ustaz London…opss..memlalutlah pulak..heheh..dia ajar kami MUET dan Hadis…aku tengok dia sungguh2 nak bagi kami capai atas pada band 2 dalam MUET…ustaz dah banyak bersabar dengan kerenah kami…semoga Allah membalas jasa ustaz dengan kesabaran ustaz dengan Syurga yang diimpikan…insyaAllah hasrat ustaz akan tercapai…thanks,ustaz.. J



Khairul Azhar:
Setiap hari ada masanya..kalau tak dua pasti tiga..hanya satu hari sahaja satu madah..dia ajar kami pelbagai madah..misalnya  insya’, tarikh adab, nusus, sharaf, dan juga mantiq..dalam banyak2 yang diajarnya hanya satu sahaja yang aku mungkin faham betul2,walaupun susah bagiku..tapi aku boleh je terima..nak tahu apa??hah mestilah madah mantiq

Baharom:
Aku tak pasti apa nama ustaz..ada yang kata ejaannya macam ni la,macam tu lah…hmm..ustaz yang comel ni mengajar kami ilmu u’lum quran,tafsir dan mutola’ah…kesian ustaz..aku tahu dia kelulusan Mesir..tapi caranya mengajar agak sopan membuat para pelajar enteng pada pelajarannya… “hail ah ustaz..garang sikit..boleh tak..??”..asif ya ustaz.. J

Kepada 7 orang guru ni…saya memohon maaf jikalau terguris hati…andai coretan ini membuatkan kalian terasa…sekali lagi maaf dipinta..saya cuma nak pohon restu dan halalkan ilmu yang telah disalurkan kepada saya melalui cara kefahaman yang efektif..alfun syukran…. J

Sekian;
Nazrand albi                                                                                                                                            
~alya biru~

3 comments: